Program Majlis Sambutan Hari Guru 2018
17 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniHari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga Negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Ini bertetepan dengan tema Hari Guru pada tahun ini “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”. Kerjaya suci dan murni seorang guru sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun. Di dalam agama islam sendiri seorang guru itu adalah berada di kedudukan yang tinggi dan utama selepas kedua ibu bapa.
Antara objektif perlaksaan Sambutan Hari Guru SKKC pada tahun 2018 ini adalah :
Menghargai dan mengenang jasa serta pergorbanan guru dalam mendidik anak-anak ke arah menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, fizikal, rohani dan emosi.
Melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga pendidik, ibubapa dan pelajar di sekolah ini ke arah menjadikan institusi sekolah sebagai pusat kecermelangan.
Memperhebatkan lagi usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup di masa hadapan bukan sahaja dari segi kebendaan bahkan dari segi moral dan keagamaan.
Meraikan guru-guru sempena Hari Guru pada 16 Mei 2018.
Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik murid-murid sekolah.
Program Majlis Sambutran Hari Guru SKKC 2018 yang berlansung di Dewan Wawasan SKKC ini telah berlangsung selama 3 jam bermula dari 9 pagi ini dihadiri oleh seramai 500 orang murid dan guru. Program ini tamat pada pukul 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: